Monday, March 7, 2011

Perancangan Allah sesiapa pun tak boleh menghalangnya...

"Assalamu 'alaikum wbr. Dato, alhamdulillah ada bantuan untuk Pesantren Nurul Huda (rumah anak yatim di Banda Acheh). Katanya arahan dari Dato' Mustafa. Semuga ALlah limpahkan rahmat untuk dato sekeluarga dan semua sahabat. Wsm syahrial".
Terkejut saya mendapat sms dari sahabat saya Ustaz Syahrial yang menguruskan beberapa rumah anak yatim di Banda Acheh. Walaupun Pesantren Nurul Huda ini bukan di bawah beliau, tetapi atas dasar prihatin dia juga turut membantu mereka.
Persoalannya... sejak bila pula saya boleh beri arahan kepada orang ni?? Saya bukannya ada authoriti pun nak mengarah orang. Bila saya check dengan Ustaz Syahrial, saya lebih konfius kerana yang memberi sumbangan itu 'sahabat' Dato dari Australia! Korek-punya-korek, akhirnya tahu juga.. rupa-rupanya sahabat saya Azhar Maludin yang membawa sahabat dari Australia ni ke Banda Acheh dan menziarahi pesantren tersebut.
Kata Azhar, menangis brother Ferhat Kose ni bila melihat kedhaifan rumah anak yatim tersebut. Ustaz Irawan (seorang lagi sahabat kami di Acheh) yang juga ada budak-budak yang susah di bawahnya pun terasa sedih. Apa tak sebaknya, tak ada yang membela mereka. Dulu saya pernah membawa satu group Malaysian ke sana, menangis mereka melihat keadaan budak-budak tu.
Alhamdulillah, berjaya juga saya membawa sumbangan JIM dan dari luar ke situ walaupun bukan dengan tangan sendiri. Dah lama saya lobi ke Azhar tentang hal nak bantu mereka ni. Saya sendiri tak dapat bantu banyak, sebab fokus NGO ACT Malaysia di Mindanao yang mana keadaannya sama atau lebih parah lagi. Dalam list kami ada lebih berbelas rumah anak-anak yatim yang sama teruk dan lebih parah dari keadaan di Acheh tu. Dan hampir tiada yang nak bantu pun kecuali sejak beberapa tahun yang lalu.
Foto-foto yang diambil oleh brother Ferhat Kose ini ada dirakamkan di link ini. Klik Link Pesantren Nurul Huda and Ferhat's Trip Fotos.
Sesiapa yang nak bantu mereka silalah contact saya atau Azhar.
Wsalam, Dato' Mustafa.

0 comments: