Jejak Sumur Pakistan (4):
Hari ke 2 - Masih di Karachi “Heh!!” J
22 Oktober, 2010. 1:40 am. Setelah selesai urusan di airport, saya terasa sangat lapar lalu dibawa menjamah sedikit makanan di sebuah restoran makanan segera. Setelah itu saya pun dihantar ke hotel saya yang telah ditempah oleh Team Karachi. Sebenarnya saya mahu memakan nasi biryani. Mestilah, kalau ke sana tak makan biryani kira tak ke sanalah. Tetapi sahabat-sahabat tak benarkan. Kata mereka, ianya berisiko takut saya sakit perut pula kalau makanannya tak sesuai dengan stomach lining saya. Mereka tak mahu saya sakit dari hari pertama lagi. Mereka kata kalau nak sakit pun last last days nanti… J. Saya terpaksa akur.
Hotel tempat saya tinggal namanya Embassy Inn Karachi. Ianya hanya kira-kira 20-30 minit sahaja dari Jinnah International di jalan Main Shahrah-e-faisal, antara jalan-jalan yang utama di Karachi. Jalan Main Shahrah-e-faisal ini tajaan King Faisal dari Saudi Arabia pada satu masa dahulu, sebab itulah ianya dinamakan atas nama beliau. Ianya ada 8 lorong (4 lorong satu hala). Ianya sangat sibuk pada sebelah pagi dan petang apabila rush hour, dan pada semua ketika..J… kecuali setelah larut malam. Kamar hotel saya kamar suite (macam standard deluxe di KL). Kawan-kawan dari Team Karachi mahukan saya tidur selesa pada malam pertama saya di sana. Hotel juga tersebut mempunyai servis internet percuma di dalam kamar.

Saya diminta untuk berehat sehinggalah waktu zuhur. Esoknya masa breakfast saya hanya makan roti dan jem sahaja. Hehehe… masih ‘taat’ kepada nasihat mereka. Ianya hanya bertahan sehingga tengahari sahaja. Setelah itu saya tidak peduli lagi dan tiada pantang lagi J. Sebelum zuhur (hari itu hari Jumaat) saya telah dijemput oleh akhi Saqib. Saqib ni seorang pengurus besar pemasaran di Pak Qatar Takaful Ltd. Dia akan menemani saya selama 3 hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) di pendalaman Sindh nanti.
Saya dibawa bersolat Jumaat di sebuah masjid bernama Masjid-e-Abubakar di sebuah kawasan posh di Karachi. Saya bertanya kenapa ada “e” kat tengah-tengah tu? Macam high-tech aje.. J. Saqib menjelaskan yang “e” itu adalah sebutan sahaja di dalam bahasa Urdu, dihujungnya (atau di tengahnya dalam kes ini). Itulah yang kita biasa dengar dalam cerita Hindustan tu, biasanya dihujung ayat tu mesti diakhiri dengan “heh” atau “eh”. Samalah dengan “e” tu. Jadi sebutan yang betul masjid untuk masjid itu ialah masjid-“eh”-Abubakar. Awak ada faham “heh”? J
Papan tanda Masjid-e-Abubakar dalam bahasa Arab. Tak ada pulah “e” tu. J
Papan tanda Masjid-e-Abubakar
Masjid itu penuh sesak dengan manusia. Maklum ajelah Karachi ni bukan kota kecil. Bergantung kepada siapa yang kita tanya, penduduknya lebihkurang 18 juta orang. Yang anihnya di dalam bersesak-sesak kenderaan berpakir di pinggir jalan seperti di Malaysia, di hadapan masjid pula tiada kenderaan kecuali lori polis. Saya diberitahu oleh Saqib yang ianya adalah atas sebab keselamatan takut ada ‘orang gila’ yang pasang bom kereta di hadapan masjid. Memanglah Karachi memang tidak stabil sejak akhir-akhir ini dengan pelbagai insiden pengeboman di sana sini.
Polis Sindh berkawal di luar pintu masuk masjid. Tiada kenderaan lain
dibenarkan parkir di depan pintu masuk masjid.
Seorang anggota polis (lihat baseball cap) juga bersolat di bahagian belakang.
Selesai khutbah dan solat kami pun bersolat jenazah. Sebenarnya jenazah tersebut jenazah ayah saudara Saqib telah meninggal dunia pada subuh Jumaat itu. Solat jenazah mereka buat di masjid ini dan itulah sebabnya juga kami bersolat di sana. Solat janazah mazhab Hanafi ni sama aje dengan kita cuma bila mereka bertakbir mereka tidak angkat tangan seperti kita. Saya hanya “ter”angkat tangan sekali sahaja… oppsss… lepas itu saya ikut cara mereka. Khutbah mereka juga hanya bahasa Arab sahaja bukan seperti kita. Manakala apabila menyahut ameen apabila imam membaca al-Fatihah mereka tidak menjaharkan ameen tersebut. Nasib baik saya tak jaharkan suara saya, kalau tak malu besor ler yob oii “heh”… J
Lepas solat saya bertemu dengan ayah Saqib dan adiknya. Terasa seperti semacam kami sudah kenal lama pulak, kenapa ya? Rupa-rupanya mereka sudah tahu cerita suka-duka saya dengan pihak imigresen di lapangan terbang malam kelmarin dan telah sama-sama mendoakan saya. “...including my wife, she also made du’a for you too last night”, kata ayah Saqib dengan bangganya.
Sebenarnya mereka ni suka sangat jumpa saya dan sangat teruja orang Malaysia nak bantu mangsa banjir di sana. Tambahan lagi kawan-kawan Team Karachi ni sudah habis jaja betapa ‘hebat’nya brother Mustafa Kamal dari Malaysia ni kepada semua kawan-kawan dan famili mereka. Saya rasa sangat terharu dengan sambutan mereka. Saya terus mengucap terima kasih syukran di atas keperihatinan mereka.
Sebenarnya yang meninggal dunia itu sepupu ayah Saqib, jadi kira bapa saudara dia jugalah. Arwah bapa saudara Saqib ini antara bisnesman yang besar di Karachi. Jadi ramailah yang berada di masjid itu. Ayah Saqib ajak saya makan tengahari di rumah mereka. Kami pun sebenarnya akan ke sana sebab apartment Saqib sebelah apartment ayahnya sahaja dan kami akan singgah di sana untuk mengambil pakaiannya untuk bermusafir sebelum kami bertolak ke daerah pendalaman Sindh.
Abdul Baseet (adik Saqib), Saqib dan ayahnya.
Di dalam perjalanan ke rumahnya Saqib menanya saya nak makan apa? Saya sebut apa sahaja asalkan local. Tak ada pantang-pantang lagi. Dia pun memesan nasi biryani, roti dan lauk-lauk melalui telepon kepada pemandu beliau supaya pergi beli di kedai. Jadi bila kami sampai di rumahnya, semua sudah tersedia. Di dalam perjalanan saya melihat sebuah ambulan kepunyaan NGO Aman Foundation lalu saya mengambil fotonya. Menurut Saqib, ambulan ini milik NGO sebab itu ianya ‘besar’ dan biasanya ambulan-ambulan hospital di Pakistan lebih kecil dari ambulan ini. Kalau mengikut pandangan saya, ambulan NGO ini sebenarnya agak kecil. Saya perasan ambulan-ambulan lain memang ‘pendek’ dan ‘kontot’. Malangnya tak sempat pula saya snap foto ambulan-ambulan tersebut. Saya beritahu Saqib agaknya orang sakit tak boleh baring melunjur kalau naik ambulan sebegitu. Dia kata memang begitulah. Siksa pesakit kalau gitu…
Ambulan NGO Aman Foundation (tiada kaitan dengan Aman Palestin atau Aman Malaysia J)
Makan tengahari bersama keluarga Saqib. Yang paling kanan itu Mufti Zahid
yang akan mengikuti kami bermusafir. Dia penasihat syariah Team Karachi.
Sampai sahaja di apartment Saqib, sebelum naik saya melihat sebuah bakeri tradisional. Rupa-rupanya kedai atau bakeri tu betul-betul di bawah apartment Saqib dan ayahnya. Beruntung betul Saqib ni, kata saya. Hari-hari makan roti segar. Kata Saqib dulu mereka tinggal di sebuah banglo, termasuklah keluarga adik dia dan ayahnya tinggal ramai-ramai. Namun, bila keluarga dah membesar (Saqib sendiri sudah ada 3 anak), it’s too close for comfort. Komprominya, mereka beli apartmen yang bersebelahan. Jadi tak jauh dari ibu ayah dan keluarga lain dan juga ada privasi. Teringat saya petua dari Dr Har kelmarin… untuk anak lelaki yang utama ikut prioriti baginya… (1) Allah. (2) Rasul. (3) Ibunya. (4) Ibunya. (5) Ibunya. (6) Bapanya. (7) Isteri/anak-anaknya. Saqib ni nampaknya memang sudah mempraktikkannya.
Ayah Saqib mempunyai bisnes trading. Dia salah seorang distributor minyak masak kelapa sawit di Karachi. Tidak seorang pun adik beradik Saqib (kalau tak silap saya 3 lelaki dan 1 perempuan) yang bekerja dengan ayah mereka. Yang hebatnya, ayahnya ini ada Law Degree dan juga MSc di dalam bahasa Inggeris. Tetapi selama hidupnya tidak pernah makan gaji dengan orang lain. Dia pandai berniaga sejak dari muda lagi.
Bakeri di bawah apartment Saqib itu memakai dapur yang agak serupa dengan dapur membuat roti nan. Tapi di sini ianya embedded di dalam tanah bukan seperti di Malaysia. Ianya pasti lebih authentic dan exotic, dan rasa rotinya jauh lebih sedap dari di Malaysia. Saya tak tahulah, tetapi saya rasa lebih enjoy makan roti itu bila tengok bossnya dan pekerja-pekerjanya sentiasa tersenyum gembira.
Hari-hari tak payah susah-susah nak beli roti. Jerit aje ke bawah, orderlah berapa roti nak…
“Boss, kasi saya 5 keping roti heh!” J
Tengahari itu kami makan kari ayam, daging kebab kambing dan semacam begedil daging bersama roti dan nasi. Hmmm….. memang masakan di sana serasi dengan saya. Alhamdulillah, semua boleh masyuk…
Setelah makan tengahari bersama keluarga Saqib, kami pun pergi meneruskan perjalanan untuk bermusafir ke Sujawal, kira-kira 3-4 jam dari Karachi. Di sana kami akan bertemu dengan Maulana Adeel dan adiknya (mereka orang tempatan) yang akan menjadi pemandu dan pelaksana projek-projek Team Karachi dan ACT Malaysia di kawasan bencana di Sindh.
(akan bersambung…)
Untuk artikel jejak sumur sebelumnya, sila rujuk www.datomustafakamal.blogspot.com
Untuk melihat lapuran-lapuran sumur yang sudah dilaksanakan, sila rujuk www.sumuract.blogspot.com
2 comments:
malam minggu yang lepas islamic relief juga buat kutipan untuk membina telaga di kawasan africa dan asia. Teringat usaha murni tuan di Malaysia.
Teringin untuk turut serta tapi masih jauh di USA.
Brother Taufiq, just send us the green bag... hehehe... Please make dua for us akhi.
Wsalam.
Post a Comment