panggilan dari luar negara masuk melalui handphone saya. Walaupun namanya tiada di dalam register memory hp, saya sudah boleh mengagak ini mesti dari akhi Tahir Farouqi, Presiden NGO Karachi Team. Saya baru sahaja menghantar e-mail kepadanya memberitahu jadual penerbangan saya dan menanyakan siapa yang akan menjemput saya di lapangan terbang Karachi nanti.
"Don't worry ya akhi", katanya. "I myself will fetch you..." Seterusnya dia memberitahu saya rancangannya secara ringkas apa yang nak dibuat bersama selama 1 minggu saya di sana. Dari segi gaya bahasanya, saya mengagak Tahir ini mesti orang yang sudah melalui proses tarbiyyah atau usrah. Sungguh mesra sekali di dalam telepon walaupun kami pertama kali berjumpa. "You don't worry, akhi" kata Tahir sekali lagi. I will send you my picture so you won't miss me at the airport. Saya pula melawak, " I am not worried at all brother Tahir, as it is not difficult to find you among the 18 million population of Karachi... hahahah". Foto di bawah ini rupa Tahir tu. Muka baik macam ni, kalau free lagi boleh ajak jadi menantu... heheheh.
Biasalah saya nak mengusik lagi dia bila nak menjawab email dia. Tapi tak sampai hati pulak takut disalah anggap pulak, kan ke susah nanti. Saya nak kata kat dia... " your face, minus the beard and the spectacles... I could have mistaken you for Maher Zain... :-)".
21 Oktober.
Saya sekarang di KLIA terminal. Atas galakan beberapa orang ikhwah dan akhwat yang rajin menulis, saya akan cuba menulis travelouge ini walaupun bahasanya rojak (Melayu, English dan kadang-kadang bahasa Peghak, hehe). Baru aje lepas lunch pukul 2.30pm. FLight berlepas pukul 3.15 pm. Jadi saya ambil kesempatan untuk menulis apa yang tersirat dan tersurat.
Isteri ketiga saya menghantar saya hanya setakat stesyen KLIA-Transit Putrajaya sahaja tadi. Biasalah, keluarga saya semuanya dah biasa agaknya saya ni selalu bermusafir, tak ada yang menghairankan mereka lagi.. biasa-biasa aje. Sahabat saya Azhar Maludin ada menelepn saya tadi dan minta maaf tak dapat nak 'flag-off' saya kat KLIA sebab ada meeting kat MBSA. Saya kata no problem sheikh (tak suruh pun.. hehehe). Azhar tanya saya, "siapa lagi nak hantar anta kat KLIA tu?". Saya jawab, "hmmm... biasalah...(Azhar dah gelak dah).... ana sorang ajelah! :-)". Anyway, sebenarnya kerja diam-diam lagi bagus. Tapi bila dah jadi public-ngo ni, kena juga war-war, kalau tak orang akan ingat kita makan tidur aje. Inilah salah satu daripada matlamat penulisan ni, insyaAllah... Masuk bakul, angkat @ report sendiri.. :-)
Sengaja saya mengambil foto-foto di Putrajaya Central dan ketika check-in di KLIA. Kalau tak susah pulak nak menceritakan 'jalan cerita' ni. Kalau kat Putrajaya isterilah yang tangkap gambar, kalau kat KLIA pula tebalkan muka minta orang kat kaunter tu yang ambilkan .. eeee tak mayu (anak kecil saya Jannah suka sangat cakap perkataan ni..:-))
(nota: foto akan di'upload kemudian' kerana masalah teknikal)
Biasalah sebelum saya ke luar negara saya juga akan menelepon abah saya. Dah terbiasa pula last minute baru ingat abah saya... ehhh...tak bagitau abah lagi!! :-). Abah saya ok ok aje. Kata dia, "Alhamdulillah masyaALlah baguslah tu (nak buat telaga).. tapi hati-hati entah macam-macam benda berlaku kat sana tu.. " "InsyaAllah, abah... doakan segalanya selamat dan berjaya ya abah.. ", kata saya.
Disebabkan oleh kos roaming yang tinggi sangat, saya terpaksalah meninggalkan sim card 019 saya kepada isteri saya. Macam saya ke Brunei minggu lepas. 3 hari aje, habis kat seratus lebih. Apa taknya, sms spam masuk aje kita juga kena bayar. Nak jual "cerita hantu"lah, "on-cinta"lah, "cerita lawak"lah... bagi penampau baru tau.. :-). Isteri ketiga saya, Kurais akan jadi 'operator' saya, ambilkan segala mesej sehinggalah saya ada sim card Pakistan nanti. Itupun saya akan beri kepada kawan-kawan yang rapat ajelah, antaranya si Azhar Maludin tu.. :-). Azhar, nak kirim apa dari Karachi heh. Mau itu baju dan topi toliban ka??
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pm. Belum dipanggil boarding lagi. Haii... rasanya nak delay lagi ni. Awalnya pukul 12.30, lepas tu 1.20 sekarang 3.15pm. Nasib baik tadi tak bergerak lagi dari rumah dapat tahu flight delay. Betul delay lagi. Sekarang diberitahu pula yang gate diubah dari gate 4 ke gate 15. Dan flight delay lagi sehingga 16.20 pula. Tak apa, asalkan selamat, eecccobbbaaaannnn... :-).
21 telaga wakaf akan dilaksanakan bersama NGO Team Karachi. Mereka sudah bersedia menanti saya di sana. Ini url mereka, http://team-karachi.org/. Kata Tahir, mereka sudah beli 17 pam, hanya tunggu saya datang sahaja untuk officiate. MasyaAllah such high respect given to midget-ngo like ACT Malaysia, alhamdulillah. Selama 1 minggu di sana saya akan ditemani oleh orang-orang dari Karachi Team. Jika ada kesempatan akan juga menziarahi pejabat konsular Malaysia di Karachi untuk sillaturrahim. Juga jalan-jalan ke pasar, ada "orang"-"member baik"-"operator"-"side-kick"dah kirim apekebendenye "pashmina"?? :-).
On a serious note, saya berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan ini diberkatiNya dan selamat mencapai segala matlamatnya. "Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku, isteri-isteri dan anak-anakku, ayahanda dan arwah bonda , nenek2 ku dan seluruh kaum muslimin. Dan terimalah amal kami yang kerdil ini sebagai amal yang soleh yang akan melayakkan diriku mendapat rahmatMu di akhirat kelak, ameen ameen ameen, Ya Rabbal 'aalamin. Hasbunallahu wani'mal wakiil"
(akan bersambung...)
0 comments:
Post a Comment