
Jejak Sumur Pakistan (3)… Kekuatan doa orang-orang mukmin
(nota: Sengaja saya tulis tajuk sebegini dan katakan kalau boleh ianya dibaca kerana saya yakin ada sedikit pengajaran di dalam perjalanan saya di fasa ini yang boleh dijadikan tazkiran dan iktibar, insyaAllah. Posting lambat dibuat kerana masa yang tiada untuk menulis dan juga tiada akses internet sejak beberapa hari lalu)
Jam menunjukkan pukul 7.30 pm.
“Where’s your visa?” kata pegawai imigresen yang sepatutnya stamp paspot saya dan melepaskan saya masuk ke ruang mengambil bagasi. “I don’t have a visa. As far as I understand, Malaysian passport holder doesn’t need visa to enter Commonwealth countries.”. “No Sir! you need a visa to enter Pakistan”, kata pegawai tersebut.
Alamak!! Tak ada ada orang pula sebelum ini yang memberitahu saya yang saya perlu ada visa untuk masuk Pakistan. Rakan partner NGO Team Karachi pun tak pernah peringatkan saya. Pegawai di check-in counter MAS pun tak tanya mengapa saya tak ada visa. Apa nak buat ni??
“Sir, if you don’t have a visa you cannot enter Pakistan. We don’t allow that”, kata pegawai itu lagi. Saya pula menjawab, “But… I was not told by others that I need one (visa), even by the Malaysian Airline check-in counter in Kuala Lumpur”. “Sir, you go to the last counter, and talk to my officer”, kata pegawai itu lagi.
Saya pun bergegas ke sebelah hujung dan saya lihat counter itu ada tanda, “Visa on arrival”. Pegawai itu saya ingat namanya Mr. Baloch. Mukanya garang, kalau dalam bahasa Inggeris perkataan yang tepat ialah stern. Teringat saya pada filem Hindustan kalau nama Baloch ni biasanya jadi orang jahat. Muka dia ni pun nampak macam itu juga (namun hakikat sebenar, siapa yang tahu). Dia tanya kepada saya, “You have any letter from your organization?”. Saya jawab, “I am the President of the NGO, I don’t write letter for myself”. Sengaja saya buat kurang ajar sikit nak psycho dia supaya dia tahu saya ini no push-over. Ianya tidak berjaya.. :-(. Saya pun memberikan kad nama President ACT Malaysia saya kepada dia. “We don’t know you, who are you? Who are you working with here? If you have no papers, you cannot enter and we will have to deport you back to Malaysia!”, kata dia dengan tegas.
Ya Allah… apa dah jadi ni?? Addoiii….. musykilah, musykilah.. Saya pun cuba contact Tahir Farouqi dari Team Karachi. Saya pinjam telepon pegawai imigresen lain. Mr. Baloch menguruskan urusan orang lain, jadi saya dapat bernafas sedikit. Dapat bercakap sebentar sahaja, sebab pegawai yang saya pinjam telefon tersebut mengambil balik telefon tersebut dengan cepat dan bercakap terus dengan Tahir. Agaknya nak beri arahan kepada Tahir supaya siapkan paperwork tu ataupun pada telahan saya, tak nak saya dan Tahir berpakat untuk buat paperwork tu.
“I work with Team Karachi here”, kata saya dengan tegas kepada Mr. Baloch tu. “It is an NGO that helps the flood victims and they are based in Karachi.” “I don’t know this Team Karachi, never heard of them,” kata Mr. Baloch. Saya jawab balik, “ Can you please talk to them?”. Dia pun menelefon Tahir. Entah apa perkara yang dia bincang dengan si Tahir ni saya tidak faham sebab mereka bercakap di dalam Urdu. Di samping itu ada satu lagi pegawai imigresen yang memberi pinjam handphone kali pertama itu memberitahu saya, “your friend said he will come in 45 minutes, he is out of the city now”. Dalam hati saya saya berfikir apa hal pulak si Tariq ni tak sampai lagi ke di airport? Kata dah tunggu di luar... Saya putus harapan. Segan pula nak pinjam telepon banyak kali. Rasanya ianya tak akan membantu pun. Suasana tak memunkinkan, mereka munkin akan lebih tidak membantu nanti. Saya pula tidak membawa pula sim card Celcom saya, tulah pandai sangat!… L. Saya dapat merasakan tekanan darah saya menaik, kepala saya rasa nak ‘mengembang’ dan saya tahu saya mesti tenangkan jiwa saya sekarang.
Saya mengambil keputusan untuk berserah kepada Allah SWT sahaja. Mr. Baloch sedang menguruskan beberapa orang yang sedang bermasalah untuk diberi visa-on-arrival. Masalah mereka ialah pihak imigresen Pakistan yang hilang paperwork mereka. Saya duduk relax di bangku (yang kedudukannya di dalam kawasan imigesen itu) dan menunggu, sambil itu saya membaca buku Dato’ Dr. Harun Din yang saya bawa, cari-cari doa tentang melepaskan diri dari kesempitan. Memang antara banyak cta-cita saya ialah nak jadi pengubat lulusan DarusSyifa. Nak jadi doktor betul, dah tak sempat dah... :-). Kalau ikutkan hati... nak jadi pakar emergency macam Dr. Azhar, senang nak masuk mana-mana tempat di dalam dunia ini hatta kawasan konflik. Jadi option yang realistik ialah menjadi pengamal perubatan Islam.
Saya jumpa beberapa doa, lalu saya pun membaca. Yang lawaknya, dalam salah satu rangkaian doa tersebut, ada pula rangkap tentang permintaan pemuda bujang yang nak minta dipermudahkan dapat kahwin… dalam stress gitu saya senyum sendiri. Saya juga membawa buku Riadhus Salihin. Buku ini memang sudah lama saya tidak membacanya, tetapi ketika saya mengemas bagasi untuk ke Karachi, gatal pula tangan saya nak membelek-belek rak buku sebelah bagasi saya dan ‘ter’tengok buku ini. Saya fikir elok sangatlah saya bawa buku ini untuk dibaca di dalam kapalterbang dan bila ada masa di Karachi. Saya pun membaca pendahuluannya, dan bab satu tentang “Niat”. Macam-macam penjelasan tentang niat: peranan niat, kesan niat, macam-macam lagi. Hadith pertama tenta ng niat adalah hadith yang memang ramai yang sudah tahu. Prinsipnya setiap amal itu bermula dengan niat, jadi kita akan dapat apa yang kita niatkan. Di dalam hadith tersebut diceritakan satu contoh kalau hijrah itu kerana perempuan yang nak dinikahi maka yang dapat hanyalah pernikahan tersebut. Itulah pentingnya niat untuk sesuatu amal. Ada hadith yang lain pula tentang amal yang dibuat dengan niat yang ikhlas, yang dapat menyelamatkan sipelakunya di dalam kesempitan (hadith tentang tawassul). Macam-macam ada. Saya terus membaca.
Jam sudah hampir 10 malam. Masih tiada apa yang berlaku. Terfikir juga, betul ke niat saya nak ke Karachi ni? Rasanya dah betul insyaAllah saya perbetulkan niat, saya terus beristighfar, berzikir… Saya duduk di bangku imigesen itu semacam orang bodoh, tetapi insyaAllah saya bukan bodoh, saya berdoa dan terus berdoa...
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Bayang Tahir belum muncul lagi. Pegawai imigresen nampaknya sudah mula nak menukar shift kerja mereka. Biasalah bila nak bertukar shift, moodnya memang jelas berbeza, mereka lebih banyak ketawa, bersembang dan seringkali membelek-belek jamtangan mereka. Rasanya pukul 12 baru mereka tukar shift. Saya teringat masa saya di sekolah menengah di STAR dulu, 15-30 minit sebelum kelas prep malam nak tamat mulalah budak-budak STAR membising. Bunyi bersembang lebih kuat, bunyi kerusi dan meja diseret di lantai... :-). Senarionya lebihkurang macam itulah agaknya. Kapal terbang pun nampak dah berkurang. Saya tidak dipedulikan. Mereka mula meminum teh yang dibawa oleh pelayan mereka. Pelayan tersebut menawarkan saya teh susu. Sebab saya pun sudah lapar, jadi saya pun terima dengan gembira. Awalnya pukul sembilan tadi ada juga yang menawarkan teh, tapi saya menolak sebab memang saya tidak ada mood.
Pukul 11.15 malam.
Nampaknya ada kapal terbang yang mendarat. Ramai orang berada di kaunter imigresen. Ada seorang lelaki Pakistan yang duduk di sebelah bangku saya untuk berehat sebentar. Saya pun mengambil kesempatan menebalkan mukameminjam telefon bimbit beliau dan Alhamdulillah dia sudi membantu walaupun dari riak muka dia pada awalnya dia macam tak suka aje. Saya tidak pedulikan hal ini, yang penting saya dapat berhubung dengan Tahir. Kata Tahir… “Brother, please go and pray 2 rakaats and pray very hard so that everything will be ok. We are trying to do whatever is necessary now. But please brother, make lots of du’a… we will try to be there as soon as possible“. Tersentak saya, .. “..ya tak ya jugak! Saya belum solat maghrib dan isya’ lagi ni… Ingatkan tadi nak solat kat hotel sahaja”.
Lalu saya mengambil wudhu dan terus bersembahyang jamak takhir magrib-isya serta solat sunnat hajat di sebuah cubical di hujung kawasan imigresen tersebut yang digunakan oleh pegawai-pegawai untuk bersolat. Selesai solat, saya pun terus berdoa kepada Allah SWT. Saya cuba memberikan segala tumpuan dan penyerahan diri hanya kepada Allah SWT. Jika ditakdirkan kena deport ke Malaysia, maka saya akan terima. Namun doa saya pastinya untuk memohon Allah SWT mengizinkan saya masuk ke Pakistan. Amanah kawan-kawan dan para penyumbang ada di tangan, takkanlah nak pulang dengan tangan kosong sahaja tanpa ada sesuatu yang boleh ditunjukkan dan dilapurkan.
Haaa.. selepas itu berlaku keajiban!
Sebaik saja saya selesai berdoa, dalam keadaan masih duduk di sejadah, tiba-tiba seorang pegawai imigresen yang lain pula datang kepada saya dan memberi saya satu kertas A4. “Is this your ticket?” tanya beliau. Saya pun membelek-belek kertas tersebut dan memang ianya tiket saya. “Yes, it’s mine”, kata saya. “Ok, you wait until your friend bring the documents and we will let you go (in),” kata beliau. “Thank you, sir… Alhamdulillah…Alhamdulillah…”, kata saya pula. Saya terpinga-pinga. Namun teringat juga nak membuat sujud syukur walaupun dengan mereka ini saya tidak akan yakin sehingga ianya benar-benar berlaku. Dengan segera saya membuat sujud syukur… Ya Allah… Subhanallah... Alhamdulillah...Allahu Akbar! Allahu Akbar! AllahuAkbar!
Saya pun terus menunggu dengan tenang di atas kerusi saya. Dalam pukul 12.15 malam, seorang pegawai memanggil nama saya untuk ke kaunternya. Pegawai ini kata dia sudah menerima semua paperwork dari Tahir dan saya akan diberi visa. Saya pun menunggu di depan beliau. Tiba-tiba dia bertanya kepada saya, “do you have a copy of your passport?”. Dalam hati saya, “Hah sudah… mereka ni nak buat hal lagi nampaknya ni!….”. Saya kata saya tiada salinan paspot saya dan kalau perlu saya akan faxkan ke pejabat beliau esok. Dengan tenang dia kata jangan risau, sebab di luar selepas tempat kastam tu ada tempat fotokopi. Dia mengarahkan seorang porter mengikut saya dan setelah saya keluar bersama porter tersebut rupa-rupanya memang ada kiosk makanan yang ada fotokopi yang masih buka di lapangan terbang lepas pukul 12 malam! Memang sah, bisnes mesti bagus punya sebab agaknya ramai yang perlu servis mengejut (macam saya ni). Sesudah selesai porter itu pun pergi. Saya berjumpa dengan Tahir dan Saqib dari Team Karachi yang menjemput saya.

Ini visa saya. Akhirnya dapat Single Entry Visa untuk 90 hari di bawah status Flood Relief.
Kami berpelukan sambil mengucap syukur dan juga ketawa kerana terlalu gembira. “Oh, man…. What’s happening?,” kata Tahir sambil ketawa girang dan juga mengucap syukur. Allahu Akbar! Memang benar, kalau Allah SWT nak izinkan sesuatu itu berlaku tiada siapa pun boleh menghalangnya walaupun seluruh penduduk dunia dan makhluknya.
Dipendekkan cerita kata Tahir, setelah saya memberitahu ada masalah di imigresen mereka telah membuat pelbagai usaha ("bertempiaran"!) yang mereka boleh buat walaupun sebenarnya peluangnya hampir tiada (cerita usaha mereka ini di dalam siri 4 nanti). Sebenarnya tiada peruntukan visa-on-arrival untuk rakyat Malaysia. Visa harus dibuat di kedutaan Pakistan di Malaysia. Segala urusan paperwork mereka buat dari pukul 9 sampai tengah malam itu. Kata Saqib (Pengarah Pemasaran Pak Qatar Takaful) dahulu pernah ada orang Malaysia (konsultan kepada Pak Qatar Takaful) yang datang tanpa visa, tetapi tidak berjaya masuk walaupun sudah menggunakan jaringan dengan kedutaan Qatar (nota: Pak Qatar Takaful adalah joint-venture institusi-institusi di Qatar dan juga rakyat Pakistan). Kedutaan Qatar yang berpengaruh itupun tak dapat selesaikan isu visa ini. Jadi precedent sebelumnya menunjukkan bahawa usaha ini tidak munkin. Namun bagi mereka, usaha mesti dibuat 200% baru mengalah.
Namun kata Tahir usaha yang paling besar yang memberi kesan ialah “DOA” dan niat apa yang kita ingin buat. Beberapa orang dari Team Karachi telah diberitahu tentang masalah saya. Ada di antara mereka bertaraf Mufti, namanya Mufti Zahid. Selain dirinya sendiri, dia juga meminta ibunya mendoakan saya. Ada seorang lagi namanya Maulana Adil orang kuat kami di lapangan. Dia terus meminta budak-budak di madrasah di kampungnya membaca Yasiin untuk Allah permudahkan urusan saya. Akhi Saqib pula meminta bapanya mendoakan. Banyak lagi yang mendoakan, berangkai-rangkai maklumat ini disebarkan, semuanya berdoa untuk manusia kerdil dari Malaysia yang mereka rasa hebat sangat ini. Ini yang membuatkan saya rasa terharu sangat-sangat… Ya Allaaah…..Sebelum saya bertolak ke Karachi pun, ada juga kawan-kawan dari Malaysia yang menghantar sms dan e-mail yang mendoakan keselamatan saya. Jazakumullahukhairan kathiira di atas sokongan dan doa antum. Bak kata akhi Saqib, "We have achieved "the impossible" by the will of Allah SWT and by the doa of all."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Doa itu senjata orang mukmin.”
Tepat sekali. Saya sudah benar-benar merasainya pada hari tersebut, dan saya yakin saya berjaya mendapatkan visa kerana kekuatan “Doa orang-orang mukmin” yang dimakbulkan oleh Allah SWT.
“Ya Allah, aku bersyukur… aku bersyukur… aku bersyukur… “.
(…bersambung…)
1 comments:
Subhanallah!
Segala puji hanya bagi Allah!
Post a Comment