Friday, October 22, 2010

Jejak Sumur Pakistan (2)… di dalam kapalterbang ke Pakistan.



Di Putrajaya Sentral

Sedang check-in di KLIA

Jejak Sumur Pakistan (2)… di dalam kapalterbang ke Pakistan.

Di atas sana foto-foto saya di Putra Jaya Central dan KLIA ketika check-in. Ada sedikit cerita di sebalik check-in ini. Pegawai yang di kaunter tu beritahu saya supaya jangan terkejut kalau melihat airport Jinnah International di Karachi nanti. Saya tanya mengapa? Dia kata teruk… saya dah agak biasa travel, jadi saya tanyalah seteruk kat Medan ke? Dia kata, lebih parah lagi. Hmmm…. Ok…. At least ada orang yang dah beri amaran awal.

Sebaik sahaja boarding dan menaiki pesawat, saya pun terus melihat siapa yang akan duduk di sebelah saya. Seating Airbus 330 itu 2-4-2. Saya sentiasa memastikan yang saya akan check-in melalui internet dan memilih seating yang aisle dan paling terkehedapan yang boleh. Saya pilih aisle sebab badan saya lebar, kalau duduk kat tingkat atau tengah-tengah, lemas dan rimas rasanya. Manakala saya sering memilih yang depan kerana seperti naik bas ekspress juga, kalau duduk di bahagian belakang akan lebih terasa membuai apabila kapalterbang melalui awan atau cuaca buruk. Make sense, kan?

Tempat duduk saya 16C, dan saya lihat sebelah saya itu seorang pemuda dalam lingkungan 20an. Mula-mula nampak macam tak friendly sahaja. Tetapi biasalah perangai saya, buat muka seposen berkenalan dan taaruf. Lepas 5 minit jadi mesra Alhamdulillah. Selama 5 setengah jam di dalam kapalterbang itu, kami bersembang lebihkurang 3 jam, tidur 1.5 jam dan makan lebihkurang 1 jam. MasyaAllah pesawat MAS kali ini bagi makanan yang jarang dia beri, “Steak”. Betul-betul sedap! Nama pemuda Pakistan ini Majid, sedang belajar jurusan business studies di kolej swasta di Taman Connaught, Cheras. Lagi 2 semester lagi dia tamatlah pengajian dia, katanya. Banyak perkara yang kami sembangkan, dari makanan di pesawat, keluarga, negara dan sebagainya.

Majid, duduk di sebelah saya. InsyaAllah akan jadi mad'u saya nanti bila dia balik KL.

Yang menariknya bila berbincang tentang negara, dia memang marah sangat dengan kerajaan Pakistan. Katanya masalah yang berlaku di seluruh negara sekarang, yang sekarang sudah menular ke Karachi, ialah apabila kerajaan Pakistan cuba mengikut telunjuk Amerika Syarikat buat kerja-kerja tak senonoh seperti mengebom kampung-kampung yang dikatakan kubu kuat Taliban. Sekarang puak-puak Taliban kata, kalau kamu boleh mengebom keluarga kami di kampung-kampung, sekarang mereka pula mahu orang di bandar merasakan siksanya bila anggota keluarga mati akibat pengeboman. Masalahnya… pi mai pi mai, kena kat orang Islam juga!.

Kata Majid lagi, kadar rasuah dan penyalahgunaan kuasa di sini jangan dibandingkan dengan Malaysia. Di sini, negara tidak akan maju (selamanya) sebab rasuah. Kebanyakan “aid” dari Amerika Syarikat diambil oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa untuk mengkayakan diri sendiri dan keluarga mereka. Sebab itulah prasarana negara seperti jalanraya, bangunan, dll. masih jauh kurang baik berbanding dengan keperluan. Manakala di kalangan orang-orang politik pula, mereka lebih suka majoriti rakyat tidak berpendidikan kerana akan mudahlah mereka meraih undi ketika pilihanraya nanti. Bila diberi sedikit roti, beras dsb. akan dapatlah undi mereka.

Kami mendarat di Lapangan Terbang Jinnah International pada pukul 7.30 malam. Lewat 4 jam dari jadual asal. Majid berkata kepada saya, “this is the most enjoyable flight for me; good food and good company.. J”. Alhamdulillah….

Sebaik sahaja saya mendarat, saya 'terkejut' kerana lapangan terbang ini tidaklah seteruk yang digambarkan oleh orang MAS tadi. Bagi saya, kira oklah. Sahabat itu bagi saya 'over-reacting' agaknya.

Escalator di Jinnah International. Kira oklah...

.................... Namun, sedikit pun saya tidak menyangka saya akan menghadapi ujian yang getir di Jinnah International sebaik sahaja saya memasuki ruang imigresen ..…

(akan bersambung.....)

1 comments:

Dato' Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini said...

Salam~

Sdr Taufiq, terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya yang bertaraf award-winning-pullitzer-prize-chapter-kampung ini... heheh.
Jejak Sumur Pakistan (3) dah diposting... :-).

Wsalam.