Friday, July 3, 2009
SEBULAN SETENGAH LAGI BERMULALAH BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Wednesday, December 3, 2008
| |||||
Saturday, October 25, 2008
Thursday, September 4, 2008
VALUE FOR AMAL DI BULAN RAMADHAN

(untuk maklumat projek al-B.I.R. dan foto-foto yang lengkap, sila rujuk www.al-bir.blogspot.com)
“Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (HR at-Tirmidzi).
Ramadhan AlMubarak kembali lagi…. Suatu bulan yang penuh barakah, rahmah dan keampunan Allah SWT. Suatu bulan yang mana pahala amal akan dilipatgandakan oleh Allah SWT; di mana pahala amalan sunat akan diberi ganjaran seperti pahala amalan wajib, manakala pahala amalan wajib akan dilipatgandakan 70 kali. Ianya juga adalah suatu bulan bulan ketika mana Allah SWT menjanjikan malam Lailatul Qadr, satu malam yang mana jika beribadat di dalam malam tersebut ganjarannya sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau kira-kira 83 tahun dan 4 bulan! MasyaAllah…. Sungguh hebat sekali bulan Ramadhan ini!
Tatkala masuknya bulan Ramadhan, umat Islam akan menyibukkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti ibadah puasa dan sunnah-sunah yang berkaitan seperti sembahyang tarawikh, memperbanyakkan membaca al-Quran dan sebagainya. Umat Islam juga pada kebiasaannya akan tidak lupa menghulurkan sedekah untuk umat Islam yang lain yang menderita di pelusuk negara dan dunia. Rasanya setiap insan akan merasai yang jika tanpa aktiviti sedekah dan bantuan kepada fakir miskin, nescaya akan terasa kurangnya kemanisan Ramadhan ini. Oleh kerana itu, alhamdulillah bila tiba bulan puasa rata-rata golongan yang menderita ini mendapat bantuan dari pelbagai pihak. Malangnya, ada daerah-daerah umat Islam yang biasanya kurang ‘popular’ beritanya dan seringkali umat Islam ‘terlepas pandang’ di dalam memberi bantuan. Contoh yang paling jelas ialah penderitaan umat Islam Mindanao, yang sehingga kini tidak terbela. NGO-NGO Islam dari seluruh dunia yang memberi bantuan boleh dibilang dengan 5 jari sahaja. Begitulah terpinggirnya umat Islam Mindanao di hati umat Islam sedunia. Oleh itu dengan rendah hati dan rasa prihatin yang mendalam, saya ingin mengajak para-para dermawan sama-sama berkongsi dan membantu menyumbang dana untuk Ramadhan bagi mereka yang sangat memerlukan dan terpinggir di daerah minoriti Islam di Mindanao.
Ramai di kalangan rakan-rakan saya yang bertanya … kenapa tidak fokuskan aktivisma ini di Malaysia sahaja? Di sini pun tidak kurang jumlahnya orang yang susah, jika tidak percaya tonton sahaja program televisyen seperti BersamaMu TV3 dan berita-berita di serata media cetak tentang kesusahan yang dihadapi oleh umat Islam Malaysia. Jawapan saya… ya, benar, memang di Malaysia pun banyak orang yang dhaif kehidupan mereka. Tetapi, alhamdulillah kita sebenarnya mempunyai agensi-agensi kerajaan yang tugas mereka memberi bantuan dan kita juga mempunyai masyarakat dermawan yang sangat prihatin. Cuma kadang-kadang maklumat tentang siapa yang susah dan di mana kedudukan mereka tidak sampai kepada institusi-institusi tersebut. Tetapi jika kita lihat keadaan umat Islam di Mindanao contohnya, keadaan mereka sangat dhaif, tiada bantuan dari pihak kerajaan malah kerajaan mereka pula menindas umat Islam! Siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk meringankan beban mereka jika tidak saudara-saudara mereka yang lebih bernasib baik di antaranya yang tinggal di Malaysia ini yang hidup di dalam keadaan selesa dan rezeki yang insyaALlah lebih dari cukup. Membantu sesama Islam ini adalah sebenarnya satu perkara yang sangat serius, kerana Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita tentang sifat ini di dalam hadithnya yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang keadaan umat Islam yang lain, maka dia bukan dari golongan umatku”
Marilah kita sama-sama renungi maksud ayat alQuran:
“Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (2:161).
Di dalam ayat tersebut Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipatkali ganda (700 kali ganda atau lebih) kepada mereka yang membelanjakan harta mereka di jalanNya. Intipati dari ayat ini selain dari pahala yang besar kepada mereka yang menginfaqkan harta mereka ialah bagaimana Allah SWT melipatgandakan pahala tersebut dengan izinNya. Tentunya ada rahsia dan perkara-perkara yang unik yang dilihat oleh Allah SWT selain dari keikhlasan amal tersebut yang melayakkan amal tersebut diberi ganjaran lebih dari 700 kali ganda seperti yang dijanjikan.
Di negara kita Malaysia ini, sudah tradisi kita samada di bandar-bandar atau di kampung-kampung program-program iftar bersama, sembahyang tarawikh dan moreh akan diatur oleh pihak masjid ataupun surau. Sudah menjadi kebiasaan hampir setiap malam ada sahaja penaja-penaja yang sudi menyumbang untuk iftar dan moreh. Bahkan di setengah-setangah tempat tiada ruang lagi untuk menaja program-program di surau-surau dan di masjid-masjid kerana sudah penuh (fully booked). Begitulah sifat pemurahnya umat Islam Malaysia di dalam bulan Ramadhan ini.
Sungguh… pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa itu adalah sangat besar sekali! Bayangkanlah, pahalanya sama dengan pahala orang yang berpuasa itu (mafhum hadith). Tentunya kita tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Kalau jamu 50 orang… kita dapat 50 kali pahala puasalah. Kalau lebih lagi? MasyaAllah…
Anda ingin melipatgandakan pahala bantuan iftar anda? InsyaAllah ada rahsia dan caranya. Contohnya, jika kita menjamu anggota qariah surau atau masjid kita (yang rata-ratanya mereka adalah dari orang yang mampu menyediakan makanan untuk iftar mereka) maka kita akan mendapat pahala setakat pahala menjamu orang yang berpuasa sahaja. Sebenarnya ada peluang untuk mendapat ganjaran tambahan lagi… bagaimana jika kita menjamu orang-orang yang susah/kelaparan yang tidak mampu menyediakan juadah iftar mereka? Sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Sedekah yang paling baik ialah mengenyangkan orang yang kelaparan”.
Bagaimana pula jika orang-orang yang kita bantu berbuka itu dari golongan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pula? Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa melindungi anak yatim dengan makanan dan minumannya maka Allah SWT mewajibkan surga baginya.” Di dalam hadith Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: “Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga.” Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.”
Ingin gandakan lagi pahala bantuan iftar kita? Bagaimana jika orang-orang yang kita bantu itu juga adalah orang-orang yang tertindas dan hasil bantuan kita, mereka akan mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat? Mari kita renungi hadith Rasulullah SAW yang bermaksud “Doa orang yang terzalimi pasti makbul, walaupun dia seorang yang fajir (pelaku maksiat), karena kefajiran tersebut untuk dirinya sendiri”. (HR. Ahmad).
Nak lipatgandakan pahala anda lagi? Mari kita renung ayat ini: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat dalam perjuangan di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi. Orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena mereka menjaga diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”(Al-Baqarah: 273). Tambahan lagi, mari kita renung hadith Rasulullah SAW yang bermaksud, “.. Barangsiapa yang membantu orang yang berjihad di jalan Allah SWT, dia akan mendapat pahala yang sama (dengan orang yang berjihad itu)."
Begitulah secara ringkasnya bagaimana hanya dengan satu amal, kita ada banyak peluang untuk menambah pulangan dari amal tersebut. Terpulang kepada kita jika kita mahu mendapatkan pahala yang asas sahaja ataupun berlipat-lipat kali ganda lagi dengan memahami rahsia amal tersebut. Sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Kedudukan orang yang berilmu dan tidak berilmu itu adalah beberapa darjat”. Jika kita lihat di dalam kehidupan kita di dunia ini, orang-orang berilmu itu boleh meraih pulangan yang besar dari pelaburan mereka berbanding dengan orang-orang yang kurang ilmunya. Orang-orang yang kurang ilmunya pun memahami yang kalau mereka melabur RM 1 tentunya juga mereka ingin mendapat pulangan yang paling paling maksima, RM10 atau RM 700 atau RM 1000 atau RM 1,000,000! Konsep “Value for money” sering diungkapkan di ketika keadaan ekonomi yang agak meruncing dan sumber kewangan agak terhad. Konsep ini juga seharusnya boleh kita terjemahkan kepada konsep “Value for Amal”, di mana kita memaksimakan amal sedekah kita agar kita mendapat ganjaran yang paling besar dari Allah SWT.
Memanglah di dalam beribadah kepada Allah SWT kita harus ikhlas dan tidak terlalu berkira-kira dengan Allah SWT tentang soal jumlah pahala ini. Tetapi sebagaimana dinyatakan di awal artikel ini tadi, sebenarnya jika kita mengetahui sebenarnya ada rahsia-rahsia disebalik amal yang membuatkan Allah SWT menggandakan amal kita, tidak salah kita mengkajinya dan mengejarnya sebagaimana Allah SWT menyuruh kita mengejar fadhilat malam lailatul qadr yang bersamaan lebih 1000 bulan itu. Sheikh Dr. Yusuf Qardhawi di dalam bukunya "Fiqh Keutamaan" ada mengatakan yang pada zaman ini umat Islam sudah tidak pandai memprioritikan amal mereka dan seringkali suka membuat amal-amal yang memberi manafaat yang kecil (dan bersifat peribadi) dan sedikit daripada membuat amal yang memberi kesan yang besar ke atas ummah secara keseluruhannya. Dia memberi contoh seorang hamba Allah yang merasa dirinya sangat dekat kepada Allah SWT kerana mengerjakan umrah setiap tahun sedangkan ibadah umrah hanya sunat. Sedangkan hamba Allah yang mampu ini seharusnya menggunakan wangnya untuk perkara yang lebih penting dan wajib seperti memberi penajaan pendidikan kepada anak-anak yang tidak mampu (yang terlalu banyak di kalangan umat Islam) yang seterusnya memberi kesan yang besar kepada masa depan anak-anak tersebut dan ummah keseluruhannya.
Akhir sekali, janganlah kita menangguh-nangguhkan amalan yang baik. Rasulullah SAW pernah bersabda (mafhumnya): “Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada sesuatu bencana (yang akan datang kepada seseorang itu)”. Di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, yang bermaksud: “Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Surah Munafiqun: 10)
Saya merayu kepada para-para dermawan untuk memberi sumbangan kepada program al-B.I.R. (Bantuan Iftar Ramadhan), khusus kepada umat Islam Mindanao yang terpinggir dan dilupakan. Semoga Allah SWT memberkati segala amalan kita dan diganjarkan dengan syurga yang kekal abadi, ameen Ya Rabbal ‘alamin.
Wassalamu ‘alakum warahmatullah~
Dato Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini
Presiden, ACT Malaysia.
“Let’s join d ACT”
Mutakhir: bantuan ACT Malaysia telah disalurkan untuk mangsa banjir bulan Julai 2008 yang lalu. Sejumlah RM 18,000 telah disumbang membantu mangsa-mangsa banjir dan golongan miskin.
PROGRAM TAJAAN IFTAR AL-BIR
Hanya RM 5 satu orang/kepala.
Sasaran: 10,000 orang (RM 50,000)
Anjuran: Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad -- singkatannya ACT Malaysia
Akaun Bank: Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad, Maybank ICA No: 562142713126
Hubungi: Sekreteriat Program al-BIR, 3408, Jalan 18/61, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor DE. Tel: 014-9228905 Fax: 03-89425693 e-mail: actmy.care@gmail.com
***********************************************
BORANG PENYERTAAN
Saya ingin membantu Umat Islam Mindanao di dalam program al-B.I.R. ini dalam bentuk:
Iftar (Berbuka Puasa) sebanyak RM _________
Zakat Fitrah/Zakat Harta sebanyak RM _________
Sedekah sebanyak RM _________
JUMLAH SUMBANGAN = RM _________
Sila buatkan bayaran anda ke akaun:
AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD
Maybank ICA no: 562142713126
melalui: Postal Order/Cek/Bank-in/Tunai
Dan setelah itu, maklumkan kepada Sekreteriat al-BIR melalui e-mail, fax atau telefon.
MAKLUMAT PESERTA:
Nama:
Alamat rumah:
e-mail:
no. tel rumah/hp:
* untuk menjamin ketelusan, akaun kami akan disemak oleh Akauntan Berdaftar (CA 18040), Muktaruddin LA. (h.p. 013-3647890)
Sebarang persoalan atau kemusykilan, sila hubungi:
Sekreteriat Program al-B.I.R., AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD
3408 Jln. 18/61 Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 014-9228905 Fax: 03-89425693 e-mail: actmy.care@gmail.com
website: www.al-bir.blogspot.com, www.actmalaysia.org
Monday, May 26, 2008
Bersyukurlah...
Sebenarnya ini bukanlah FOTO dari saya tetapi dari satu e-mail yang telah diforwardkan oleh kawan dari Sabah kepada saya yang saya rasa munkin sudah diforwardkan beratus-ratus kali. Ianya sangat menyentuh hati saya dan atas dasar itu saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang belum membacanya.
Teringat saya kepada konsep syukur kepada Allah SWT. Walaupun kita diberi sifat 'sempurna' oleh Allah SWT, kita sering mencari alasan di atas kegagalan dan kemalasan diri kita samada di dalam usaha kehidupan maupun di dalam peribadatan kepada Allah SWT. Terasa diri ini sangat tidak banyak bersyukur kepada Allah SWT, lupa dan leka di dalam hiruk piruk mengejar dunia yang tidak akan cukup...
Ingin saya kongsikan beberapa ayat Al_Quran tentang nikmat Allah SWT kepada kita, dan keharusan kita bersyukur.
Ini adalah sebagai anugerah Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur. (Qs. An-Naml:27:40)
Adapun terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebutNya (Qs. Adh-Dhuha, 93:11)”.
"Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi 'ala diinika wa'alaa thoo'atik"
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam deen ini dan taat kepadanya"
Wednesday, September 26, 2007
Teaching humanitarian from small...
Now, what's this "Teaching humanitarian from small" subject got to do with my parents and my hometown? Here goes... When I was small (about 7 years old) I vividly remember my observing my father gathering old shoes, socks, school uniforms and even old toothbrushes to be given to his poor students. It can be noted though that my father was no Mr Nice teacher when he was in school. He was always a stern teacher and a few years after he retired he once told me... 'kalau Abah jadi cikgu zaman ini, munkin banyak masalah pada Abah... dulu-dulu apa yang Abah buat (the punishments to the children) tiada orang yang berani komplen...'. Times changed and so does the values. Those times, my father really "kicked the kids' buts" to make sure they learn. He knew the only way out of poverty for the poor village kids was through education. His methods can be considered now as 'criminal acts', and I personally disagree with his methods even when I was a kid. But one thing for sure that my father has was his passion to help and elevate the poor. He pushed the kids hard, but he also tried to help them as best as he could. After all we were not rich either. My friend, who was also one of the beneficiery of my father's various punishments once told me during our teens that ... 'if your father didn't punish and pushed me, i would not even be able to read properly..'. He is now a policeman somewhere in Cameron Highland and sometimes sent to my father vegetables from there when he balik kampung.
As I observed my father, indirectly he instilled the spirit in me to help the 'underprivileged'. This to me is very valuable. Many times when we went to Telok Anson (now known as Telok Intan) for our monthly shopping, my father brought the family to eat at the local restaurants. Some of the restaurants that exist till this day are Rojak Mastan Ghani (still the best rojak in the world, at least in my book) and Yusoffia Restoran. Someway somehow a few timeswhen I see poor kids on the street while I was there, I lost my appetite in these restaurants. I guess, this feel for the underprivelleged was slowly ingrained in me...
I had a lot of free time when I was in standard 6, as my school session was in the evening. Standard Six is supposed to the 'honeymoon' year before going to Form One as we have already sat for our Peperiksaan Penilaian when I was in standard Five. I scored 5As in that exam, and I was expecting to be called to either Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) or any other residential schools. I ended up in Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)... a much better school than MCKK! :-). So, during that time I didn't study very hard... banyak main sahaja. In the morning before the afternoon school, I was able to read many books. I enjoyed reading the novel Salina (by national laureate A. Samad Said). It was a very thick novel, about 3-4 inch thick! It instilled in me the sense of social awareness. If I still remember it well, the scene was in Kampung Kandang Kambing somewhere in Singapore. I also read the book Tujuh Tahun Malam Memanjang (by Ahmad Bustamam), a novel about his serving time in jail for 7 years under the Internal Security Act (ISA) detention during colonial times. I remember I cried when I read the book and since then I despise injustices. All of the books were from my father's library.
The reality is parents in many ways will shape their children. I've gotten a few bad habits from my parents too ... (which I am learning to control but of course I won't share that information with you guys.. :-)). May Allah SWT forgives my father and late mother, ameen.
A lesson to learn, we need to show good examples to our children, insyaAllah. We human beings can only try our best. The rest.... we leave to Allah SWT to decide.
Monday, September 17, 2007
I felt pity for the girl....
I was in Jakarta during the week of 3-10 September, 2007. Jakarta is so huge with so many people, if I am not mistaken about 15 million or so people.
While I was travelling around town, at a traffic light, I saw a girl about 8 years old begging for money. That was nothing to me, as I have seen view again and again all over the city during my many trips there.
What was startling to me was the girl was crying... Obviously she didn't want to do it (begging). From the side of the road was a lady (supposedly her mother) scolding and instructing her to beg. That really struck me in my heart. What a pity... I felt so sorry for the girl. She should be going to school, enjoying games with her friends and live like normal children do. But I can't do anything about it.... :-(



